Wednesday, November 4, 2020

SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA DAN MALAYSIA



 


   Seperti yang kita telah ketahui Bola Sepak merupakan antara sukan paling popular di serata dunia ini. Tetapi apakah kita apakah kita telah cukup memahami dan mengenali sejarah sukan yang popular ini?


SEJARAH SUKAN DUNIA

    Tiada bukti  kukuh  yang menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun. 


ROM KUNO

    Orang-orang Rom dan Greek Kuno mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi.

                                                                  *Koloseum Rom Kuno*



CHINA DAN JEPUN

   Dipercayai bahawa perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto.


 

    *STADIUM OLIMPIK, CHINA*                          *STADIUM NEGARA JEPUN*



ENGLAND

     Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam jenis  dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak yang pertamabertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun 1872 di Glasgow, Scotland. 



                                                      STADIUM WEMBLEY, ENGLAND*



FIFA 

    Maksud Fifa ialah federation of Internasional Football Associations ( Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Pertubuhan inilah yang menguasai dunia bola sepak dan menetapkan segala peraturan yang ada sekarang. Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan  pada tahun 1904 di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak. *



*LAMBANG FIFA WORLD CUP 2018*



CONTOH GAMBAR PEMAIN-PEMAIN BOLA SEPAK DUNIA 

 
 

   *Barisan pemain bola sepak Brazil*                        * Barisan pemain bola sepak England*



    

   *Barisan pemain bola sepak Sepanyol*                    *Barisan pemain bola sepak Itali









SEJARAH BOLA SEPAK DI MALAYSIA
 




SEJARAH HARIMAU MALAYSIA

     Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan penubuhan FAM dan Pasukan Bola Sepak kebangsaan sekarang dikenali sebagai Harimau Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, Gabenor Hon kong pada tahu 1935-1937. Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura. Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun. Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur. Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia.Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak pada 1977.


SEJARAH KEJAYAAN PASUKAN BOLA MALAYSIA

     Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin AbdullahWong Fook ChuanN. ThanabalanZulkifli Norbit dan Abdullah Nordin. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan JepunKorea SelatanTaiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan. 

   1980, Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

      Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow dimana munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.



KERUNTUHAN ZAMAN KEGEMILANGAN BOLA SEPAK MALAYSIA

     Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.


CONTOH GAMBAR PEMAIN BOLA SEPAK DAHULU DAN SEKARANG


                                 *PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA TERDAHULU (1972)*







                                   *PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA SEARANG (2020)*



RUMUSAN : SEKIAN DARIPADA SAYA, TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BLOG SAYA YANG SEDERHANA INI. SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT  MANFAAT DARIPADANYA.




















SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA DAN MALAYSIA       Seperti yang kita telah ketahui Bola Sepak merupakan antara sukan paling popular di serata dunia...