SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA DAN MALAYSIA
Seperti yang kita telah ketahui Bola Sepak merupakan antara sukan paling popular di serata dunia ini. Tetapi apakah kita apakah kita telah cukup memahami dan mengenali sejarah sukan yang popular ini?
SEJARAH SUKAN DUNIA
Tiada bukti kukuh yang menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun.
Orang-orang Rom dan Greek Kuno mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi.
CHINA DAN JEPUN
Dipercayai bahawa perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto.
*STADIUM OLIMPIK, CHINA* *STADIUM NEGARA JEPUN*
ENGLAND
Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam jenis dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak yang pertamabertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun 1872 di Glasgow, Scotland.
STADIUM WEMBLEY, ENGLAND*
FIFA
Maksud Fifa ialah federation of Internasional Football Associations ( Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Pertubuhan inilah yang menguasai dunia bola sepak dan menetapkan segala peraturan yang ada sekarang. Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak. *![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrK45Gr0TU1LhbtEyOJTbl3NmZVVTOcSOJbYWXTqlziaFJ3V7Z7EfxyJM4XvKgiGynDVDuAcGh8o7wgCgj8KnFLOX1CfdbpVXHH282KlgUScma6iPrgFqDNrWz5sgbpqvnOmy5sfDP5Q/w628-h354/skuadmalaysiangaum5j_1560503236.jpg)
RUMUSAN : SEKIAN DARIPADA SAYA, TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BLOG SAYA YANG SEDERHANA INI. SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA.
No comments:
Post a Comment